25 October, 2012

Tanggungjawab dan Amanah

Alhamdulillah,

Sepanjang perjalanan dari bangku sekolah hingga kini, segala urusan ku dipermudahkan Allah S.W.T. Rasa syukur ini tidak dapat dizahirkan, malah rasa gagal untuk sentiasa berterima kasih kepada Nya. Mengapa? Semua nya berbalik kepada tanggungjawab dan amanah kita sebagai seorang Muslim.

Kini, telah pun masuk minggu kedua dalam program GEMS. Sekali lagi aku rasa amat bersyukur dan bertuah kerana dapat rakan sebilik yang baik. Bertuah juga sebab kami bertiga je, sedangkan orang lain berkongsi empat orang sebilik. Hehehe.

Furqan berasal dari Pahang dan merupakan graduan dari UUM. Beliau sering mengingatkan aku pada Allah dan kadangkala berkongsi kisah-kisah agama. Furqan ni suka tersenyum. Jadinya terus hilang stress bila penat kat dalam kelas modul GEMS. Muhammad Aizuddin berasal dari Kota Bharu dan merupakan graduan dari UiTM Shah Alam sentiasa memberi kata-kata menyuntik semangat bila rasa tertekan. Butir bicara beliau ada 'buah' yang mana orang lain tak dapat sangkal. Graduan undang-undang kan. Hehe.. Teringat dahulu hari pertama, risau dengan penerimaan orang lain. Namun sekarang, semua nya baik-baik sahaja. Dan kini, tanggungjawab dan amanah sebagai kawan baru mereka pun bermula.

Pada hari kedua program GEMS ini, aku dilantik menjadi CEO untuk syarikat angan-angan kami iaitu Creativart. Bermula dengan 18 orang ahli, kini ahli kumpulan kami dah melonjak ke 23 orang. Alhamdulillah juga, semua rakan-rakan Creativart baik-baik belaka. Berlatarkan pendidikan yang berbeza, kami mampu memberi pelbagai input untuk perkongsian bersama. Ada dari nursing, mekanikal, akauntasi, kewangan, pengurusan hotel, dan sebagainya. Mereka ini sebenarnya lebih layak utk dilantik sebagai CEO.

Tugas sebagai CEO ini agak sukar pada mulanya. Perlu ada 'eagle eyes' untuk nampak keseluruhan struktur, baru lah menjadi CEO yang bagus. Bagi aku, aku ada 'horse eyes' kot. Hanya nampak jalan kedepan saja. Haha.

Macam-macam perkara terjadi, yang kadangkala aku terlepas pandang. Dan yang terbaru, petang tadi dapat telefon dari pengurusan bertanyakan fasal ketidakhadiran seorang dari ahli kumpulan. Diam aku tak tahu nak cakap apa. Zassss, terlintas terus tanggungjawab dan amanah. Rasa gagal dan malu untuk jumpa semua orang.

Ini merupakan pengajaran buat diri ini. Supaya sentiasa bertindak pantas dan bijak dalam membuat keputusan. Kurangkan emosi, tingkat hasil yang produktif.

Er,,, sekian lah buat masa ni.

wasalam.

24 October, 2012

[Gambar] GEMS - SCR07A

Ni baru modul satu. Tak larat nak setel kan..

2 bulan lebih kot duk resort..

mampu tengok jer.. xda masa nak gi mandi kolam ...

21 October, 2012

Graduate Employability Management Scheme

Alhamdulillah,

Sekarang dah masuk hari ketujuh aku di Suria Cherating Beach Resort.Suasana memang cantik dan menyamankan. Layanan daripada staf resort jugak sangat mesra dan baik. Aku ada lagi 2 bulan kat sini. Semestinya saat-saat indah macam ni tak akan aku lupakan sepanjang hidup.

Graduate Employability Management Scheme (GEMS) ni merupakan satu inisiatif kerajaan untuk melengkapkan para graduan tempatan dengan ilmu dan kemahiran dalam kemahiran eksekutif. Sehubungan itu, program GEMS ni ada menyediakan beberapa modul eksekutif.

Antara nya:
  1. Building and Achieving Self- Efficacy
  2. Project and Event Management
  3. Effective Business Writing
Ok, setiap modul ambil masa dalam 3-4 hari. Masa singkat dan terlalu byk input yang diberikan. Setiap modul memerlukan aku untuk buat aktiviti / projek dan perlu dihantar untuk penilaian. Bayangkan, kertas cadangan untuk projek aku kene buat dalam dalam masa semalaman? Memang tak tidur la jawabnya,

Haha.

Itu lah cabarannya, dan aku suka. Selain dari itu, setiap minggu, para peserta GEMS diberikan projek berkumpulan dan diberi bajet untuk melaksanakan projek tersebut. Perghh, mantoppps..

Ok, lupakan modul eksekutif ni. Suria Resort Cherating ni kira-kira 10km dari bandar Kemaman atau sejam perjalanan dari Kuantan. Aku dapat bilik seaview. Kalau rajin boleh la pergi tengok kat website dia.

*nak upload gambar pun takde masa ni. hehehe...

  • bilik aircond
  • flat screen tv 18 inch (kecik je)
  • astro
  • frigde, heater
  • water heater (bath)
  • room keeping everyday (best gile kalau kat rumah ade servis ni)
  • baju aku basuh dobi jer.. adeh laaaa
 apa pun, doakan aku ye, semoga mencapai matlamat dan tujuan hidup. kalau rajin nanti aku akan update dengan gambar-gambar sekali.

wasalam.